COKLAT MINDA

Coklat Minda Dot Com

Jumaat, 18 Jun 2010

Adik bertunang di Pahang





Pada 6.6.2010 yang lalu adik yang no 8 bertunang. jadi ptg Jumaat 5.5.2010 kami sekeluarga bertolak balik ke kampung dalam kul 6 ptg dari banting.singgah kat keramat jap ambik mak mertua pastu kami teruskan perjalanan. kira-kira dalam kul 10.30 malam kami sampai kt kampung halaman.. rupanya adik lelaki ku telah sampai dulu,, sorang2 je tido kat ruang tamu.. maklumlah istri berpantang kat kelantan.

hari sabtu kami masing2 sibuk dengan kerja masing2. aku tolong sikit2 je...(mase aku tunang dl aku sorang je yang sibukkan... yang lain balik mase majlis je.. balas nampak) aku tolong pasang tirai kat luar tu pastu kat bilik yang nak gune esok.Bukan aper aku ader baby kecik nak dijaga.. jadi mak pn tak kisah sangat...lagipun kitaorang adik beradik ramai....abang pulak p beli barang2 keperluan lain.adik lelaki sorang ni rajinla pulak p mesin rumput... dah tinggi sampai tenggelam umah.. takut2 tak nampak pulak orang nak datang.. heee hee

hari ahad majlis berlangsung.. mak ajak sedara terdekat je untuk tolong masak2... rombongan lelaki lambat pulak sampai kira2 kul 4 petang baru muncul..adik akau dah resah menunggu... ye la dari pagi tadi dah bersiap.. dah nak cair mekap... rombongan tak sampai lagiii.. orang dapur pn dah balik tinggal beberapa org je sepupu yang masih tunggu... katenye sesat jalan.. takpelahh janji dah selamat sampai..majlis dimulakan dengan perbincangan kedua-dua belah pihak.. seterusnya.. apalagi... kite makan-makan la...

Alhamdullilah seme dah selesai..

Tiada ulasan:

Bacaan Surah Al Insan oleh Sheikh Mishari Al Afasy

Related Posts with Thumbnails