COKLAT MINDA

Coklat Minda Dot Com

Isnin, 15 September 2008

Konsep Dan Prinsip Perakaunan Asas

Konsep perakaunan yang juga dikenali sebagai konvensyen perakaunan merupakan andainan yang diterima secara umum. Ia terdiri daripada berikutnya:-
Wang sebagai ukuran

Hanya urus niaga yang boleh diukur dalam nilai mata wang boleh direkodkan dalam buku catatan. Di negara kita, unit mata wang ialah Ringgit Malaysia (RM) and sen.

Prinsip catatan bergu

Setiap urus niaga akan direkodkan dalam dua akaun yang berlainan pada masa yang sama dengan jumlah nilai yang sama di mana satu akaun didebitkan and satu lagi dikreditkan.

Entiti barasingan

Pemilik perniagaan dan perniagaan merupakan entity yang berasingan. Oleh itu, transaksi-transaksi peribadi tidak boleh dicatatkan dalam buku catatan perakaunan syarikat.

Tempoh perakaunan

Hayat perniagaan dibahagikan kepada jangka masa atau tempoh yang tertentu. Contohnya setahun atau setengah tahun.

Kos sejarah

Semua urus niaga harus direkod mengikut harga belian.

Badan berterusan

Perniagaan diandaikan akan beroperasi secara berterusan untuk suatu jangka masa yang tidak terbatas.

Pemadanan

Hasil yang diperoleh harus dipadankan dengan belanja yang dikenakan dalam tempoh perakaunan yang sama.

Ketekalan

Apabila sesuatu kaedah perakaunan digunakan, kaedah tersebut tidak harus ditukar tanpa sebab yang munasabah

Materialiti

Pelarasan tidak perlu dibuat untuk perkara-perkara yang remeh-temeh.

Khamis, 11 September 2008

MUTIARA KATA



Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun
hanya sekadar senyuman.

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di
lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah
iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di
lautan hidup ini.

Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam
kenangan.

Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu
penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi
mainan orang.

Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali
kepada bentuk asalnya.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.


Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan
keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia
akan pecah.





Jumaat, 5 September 2008

PERTANDINGAN ' KOLAM ' MERDEKA







PERTANDINGAN MENCORAK 'KOLAM' MERDEKA INI DIADAKAN SEMPENA MINGGU KO-AKADEMIK DAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN YANG KE -51.

PENYERTAAN DIBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR DENGAN YURAN PENYERTAAN SEBANYAK RM 1.50 SETIAP KUMPULAN.

AHLI KUMPULAN MESTILAH TERDIRI DARIPADA TIGA BANGSA UTAMA YANG TERDAPAT DI NEGARA KITA MALAYSIA IAITU MELAYU, CINA DAN INDIA.

'KOLAM' YANG DIHASILKAN MENGGUNAKAN BERAS BERWARNA YANG DISEDIAKAN SENDIRI OLEH KUMPULAN YANG BERTANDING.

Bacaan Surah Al Insan oleh Sheikh Mishari Al Afasy

Related Posts with Thumbnails