COKLAT MINDA

Coklat Minda Dot Com

Isnin, 16 Ogos 2010

CORETAN KU

Macam-macam dugaan di bulan yang mulia ni... kalau minggu lepas aku berkecil hati dengan pelajar2 pp1... rasa takde mood betul nak masuk kelas.... minggu ni pulak anak2 didikku kelas 4c buat hal...kenape budak2 ni liat sangat nak buat dan ikut arahan guru, kalu dulu time2 aku belajar... aper je cikgu suruh ikut je tak banyak soal pun.. biler cikgu marah... cepat2 mintak maaf.. takut sangat dilaber budak nakal..nak2 pulak waktu maths cikgu pulak garang sangat.. masuk je seme berdiri. dia panggil rawak je ikut la nasib.. aku selalu terkena.. tapi walau tergagap pn dapat gak la jawab.. maner taknyer lambat je naik atas kerusi hulur tangan.. kena libas sampai berbilau tangan... tak ngadu pun..kalu ngadu pn mesti kena marah balik...
Bezanya dengan pelajar sekarang cikgu marah lagi melawan, suruh wat latihan banyak pulak soalnyer bagi bawak balik datang semula tak siap jugak.. tinggal buku lah kawan pinjam lah... macam-macam karenah.. aduhai.. tak terlayan nyer dengan 45 pe'el.wahai diri janganlah dikau bersedih, berkecil hati,, memendam rasa ..anggaplah segala keperitan hari ini ader kemanisannyer untuk hari esok... tabahkan lah hatimu membimbing anak-anak bangsamu...hiburkanlah hatimu... kuatkan semangatmu......

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh !

Selasa, 10 Ogos 2010

PERTANDINGAN MEWARNA BATIK

Sekitar minggu ko-akademik minggu lepas banyak aktiviti dijalankan,dari beberapan acara untuk para guru aku sempat menyertaisatu acara iaitu pertandingan mewarna batik anjuran kelab seni kreatif.. sambutan pelajat amat mengalakkan begitu juga guru tidak melepaskan peluang untuk turut serta...guru dikenakan yuran RM 0.50 sementara pelajar RM 0.30.kira oklah saje seronok-seronok...tak menang pun tak pe janji dapat tunjuk bakat mewarna.. dah lame tak mewarna ni semenjak zaman persekolahan dulu-dulu..walaupun tak cantik tapi ader jugaklah seninya.. Alhamdulillah... walaupun tangan ni bukanlah tangan seni tapi bila diumumkan minggu berikutnya... aku mendapat tempat kedua.. kira oklah tu.. tempat pertama cikgu muniera, tempat kedua cikgu hanani (sayer la tu) dan ketiga ustz hayati. tengok ustazah pn menang sape sangka ye..

tempat pertama cikgu muniera ( hasil tangan cikgu muniera yang berjaya menambat hati juri untuk mendapat tempat pertama...)

tempat kedua (ni la hasil tangan aku yang mendapat tempat kedua)semoga tahun -tahun depan banyak lagi acara yang boleh guru2 sertai..

hadiah yang aku dapat untuk tempat kedua...

tempat ketiga ustazah hayati(tengok hasil tangan ustazah pun tak kurang hebatnyer)

Jumaat, 6 Ogos 2010

RAMADAN DATANG LAGI




Ya, Ramadan datang lagi. Ahlan wasahlan. Masyarakat Islam menyambut Ramadhan dengan tanggapan yang berbeza berdasarkan keyakinan, tanggapan dan tahap ilmu masing-masing. Ada yang melihat di sudut kewangan, bagaimana Ramadhan boleh menambah atau mengurangkan pendapatan? Ada pula yang melihat di sudut kesihatan, bagaimana puasa mempengaruhi kesihatan tubuh badan?

Manakala ada pula yang memandang di sudut pahala dan dosa, berkat dan fadhilat, rahmah dan maghfirah. Pandangan-pandangan secara langsung akan membentuk sikap dan perlakuan kita bukan sahaja pada bulan yang mulia itu, tetapi juga pada bulan-bulan yang lain.

Tujuan puasa yang utama ialah menahan dan melawan nafsu. Ia adalah sumber kejahatan yang utama dalam diri. Nafsu yang ada di dalam diri kita adalah punca seluruh kejahatan dalam kehidupan.

Jadi, puasa adalah satu proses (mekanisme) khusus untuk membantu manusia bagi melawan dan menjinakkan nafsu yang secara semulajadinya sangat buas dan jahat. Allah swt menyebut dalam firman-Nya:
“Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan”
Rasulullah saw bersabda:
“Musuh yang paling kuat memusuhimu ialah nafsu yang berada di dalam dadamu.”

Jika solat adalah latihan menghubung hati secara lansung dengan Tuhan, zakat membersihkan rasa tamak pada harta di dalam jiwa, maka puasa adalah ibadah khusus untuk melawan hawa nafsu.

Dalam ibadah puasa adalah pakej latihan-latihan tertentu untuk menangkis segala kejahatan nafsu demi membentuk rasa taqwa yang sejati. Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa.”
Al-Baqarah: 83

Soalnya bagaimana melaksanakan puasa hingga tercapai maksud melawan hawa nafsu itu?
Ayat Quran surah Al Baqarah:83 itu menjelaskan bahawa puasa mesti dilaksanakan atas dasar iman. Sebab itu kewajiban berpuasa dimulakan dengan seruan ‘wahai orang yang beriman.’ Tegasnya, seseorang berpuasa mestilah didasari oleh keyakinannya kepada Allah. Oleh itu puasa mesti dinilatkan ‘kerana Allah’. Di sinilah sering berlaku kesilapan dikalangan umat Islam. Tanpa disedari ramai yang berpuasa bukan atas dasar iman.

Besar bezanya, ‘berlapar’ kerana Allah berbanding ‘berlapar’ kerana tidak ada makanan. Sebab itu, simiskin yang selalu berlapar kerana tidak ada makanan itupun diwajibkan berlapar kerana Allah pada bulan Ramadan.

Untuk memberi kesan pada pembentukan peribadi, puasa mestilah dibuat berdasarkan rasa kehambaan kepada Allah. Sebagai hamba Allah, maka sudah sewajarnya kita mematuhi perintah Tuhan samada dengan atau tanpa ganjaran.

Puasa yang dilaksanakan atas dasar inilah yang akan memberi kesan kepada pembentukan peribadi. Inilah maksud kenapa seruan berpuasa ditujukan kepada ‘orang-orang beriman’ dalam ayat Quran tersebut. Pendekata, muqaddimah puasa mesti tepat supaya natijahnya juga tepat.

Bacaan Surah Al Insan oleh Sheikh Mishari Al Afasy

Related Posts with Thumbnails