COKLAT MINDA

Coklat Minda Dot Com

Isnin, 16 Ogos 2010

CORETAN KU

Macam-macam dugaan di bulan yang mulia ni... kalau minggu lepas aku berkecil hati dengan pelajar2 pp1... rasa takde mood betul nak masuk kelas.... minggu ni pulak anak2 didikku kelas 4c buat hal...kenape budak2 ni liat sangat nak buat dan ikut arahan guru, kalu dulu time2 aku belajar... aper je cikgu suruh ikut je tak banyak soal pun.. biler cikgu marah... cepat2 mintak maaf.. takut sangat dilaber budak nakal..nak2 pulak waktu maths cikgu pulak garang sangat.. masuk je seme berdiri. dia panggil rawak je ikut la nasib.. aku selalu terkena.. tapi walau tergagap pn dapat gak la jawab.. maner taknyer lambat je naik atas kerusi hulur tangan.. kena libas sampai berbilau tangan... tak ngadu pun..kalu ngadu pn mesti kena marah balik...
Bezanya dengan pelajar sekarang cikgu marah lagi melawan, suruh wat latihan banyak pulak soalnyer bagi bawak balik datang semula tak siap jugak.. tinggal buku lah kawan pinjam lah... macam-macam karenah.. aduhai.. tak terlayan nyer dengan 45 pe'el.wahai diri janganlah dikau bersedih, berkecil hati,, memendam rasa ..anggaplah segala keperitan hari ini ader kemanisannyer untuk hari esok... tabahkan lah hatimu membimbing anak-anak bangsamu...hiburkanlah hatimu... kuatkan semangatmu......

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh !

1 ulasan:

Norliza berkata...

sesungguhnya tugas mendidik bukan suatu yang mudah.. setiap orang ada kelebihan dan ada kekurangan. Kita kena percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya..

bekerjalah dengan rasa gembira dan ikhlas. kadang-kadang masalah disiplin murid dapat dibendung dengan pelbagaikan kaedah mengajar.

Pengalaman menambahkan pengetahuan ..kan.

Bacaan Surah Al Insan oleh Sheikh Mishari Al Afasy

Related Posts with Thumbnails