COKLAT MINDA

Coklat Minda Dot Com

Selasa, 19 Mei 2009

HADIAH BUAT YANG TERISTIMEWA..



keindahan bunga pada mekar kuntumnya.. keindahan kata pada puitisnya.. keindahan langit pada pelanginya.. dan keindahan manusia pada akalnya..

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya

1. Hadiah Mendengar:
Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih:
Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota:
Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa:
Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian:
Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan:
Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian:
Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan:
Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi. 9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa:
Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

Khamis, 2 April 2009

ya.habibi.....

Selasa, 24 Februari 2009



TANDA-TANDA AWAL KANSER

Kanser pangkal rahim
Sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

Kanser payudara
Bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

Kanser usus besar
Perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

Kanser paru-paru
Batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

Kanser perut
Hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

Kanser limpa
Sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

Kanser ovari
Haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

Kanser otak
Sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/ pitam, pelupa, perubahan personaliti.

Kanser prostat
Sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

Kanser darah (leukimia)
Letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

Kanser tekak
Suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER


Makanan
Alkohol
Sinaran cahaya matahari
Pengambilan ubat
Perokok yang tidak aktif
Tembakau
Radiasi
Pekerjaan
Pencemaran air dan udara
Keturunan

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA

Hindari makanan berlemak dan bergoreng
Hindari makanan ringan yang masam
Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil



Posted by Ridhuan at 2:34 AM

Bacaan Surah Al Insan oleh Sheikh Mishari Al Afasy

Related Posts with Thumbnails