COKLAT MINDA

Coklat Minda Dot Com

Isnin, 15 September 2008

Konsep Dan Prinsip Perakaunan Asas

Konsep perakaunan yang juga dikenali sebagai konvensyen perakaunan merupakan andainan yang diterima secara umum. Ia terdiri daripada berikutnya:-
Wang sebagai ukuran

Hanya urus niaga yang boleh diukur dalam nilai mata wang boleh direkodkan dalam buku catatan. Di negara kita, unit mata wang ialah Ringgit Malaysia (RM) and sen.

Prinsip catatan bergu

Setiap urus niaga akan direkodkan dalam dua akaun yang berlainan pada masa yang sama dengan jumlah nilai yang sama di mana satu akaun didebitkan and satu lagi dikreditkan.

Entiti barasingan

Pemilik perniagaan dan perniagaan merupakan entity yang berasingan. Oleh itu, transaksi-transaksi peribadi tidak boleh dicatatkan dalam buku catatan perakaunan syarikat.

Tempoh perakaunan

Hayat perniagaan dibahagikan kepada jangka masa atau tempoh yang tertentu. Contohnya setahun atau setengah tahun.

Kos sejarah

Semua urus niaga harus direkod mengikut harga belian.

Badan berterusan

Perniagaan diandaikan akan beroperasi secara berterusan untuk suatu jangka masa yang tidak terbatas.

Pemadanan

Hasil yang diperoleh harus dipadankan dengan belanja yang dikenakan dalam tempoh perakaunan yang sama.

Ketekalan

Apabila sesuatu kaedah perakaunan digunakan, kaedah tersebut tidak harus ditukar tanpa sebab yang munasabah

Materialiti

Pelarasan tidak perlu dibuat untuk perkara-perkara yang remeh-temeh.

Tiada ulasan:

Bacaan Surah Al Insan oleh Sheikh Mishari Al Afasy

Related Posts with Thumbnails