COKLAT MINDA
Rabu, 27 Ogos 2008
IMPIAN DAN HARAPAN

Juga berhak untuk menaruh harapan. Impian dan Harapan.
Setiap sesuatu bermula dari impian, kemudian harapan.
Ia boleh berhenti setakat itu sahaja.
Setakat bermimpi dan mengharap.
Bermimpi, berangan-angan berharap tidak membawa apa-apa kejayaan
sebaliknya hanya menjatuhkan imej.
Bermimpi & Mengharap adalah titik permulaan.
Ia mesti disusuli dengan usaha gigih menukar impian dan harapan kepada kenyataan!
SEKALI KAKI MELANGKAH
Ia langkah menuju kejayaan, atau tak payah melangkah sama sekali jika tujuannya bukan untuk membina kejayaan dan memberi faedah kepada seramai mungkin manusia.
Kita telah melangkah.
Yang penuh ialah modal impian dan harapan.
Selasa, 12 Ogos 2008
PERSAMAAN PERAKAUNAN DAN KUNCI KIRA-KIRA
Persamaan perakaunan di gunakan untuk merekod dan meringkaskan sesuatu transaksi perniagaan. Pelajar akan mengenal pasti nama akaun yang sesuai dalam persamaan perakaunan di sini.
Modal
satu jumlah wang yang disumbangkan oleh pihak pemilik perniagaan bagi tujuan menjalankan urusniaga supaya memperolehi untung
Aset
harta benda yang dimiliki oleh pihak perniagaan bagi membantunya menjalankan urusniaga.
Liabiliti liabiliti ialah jumlah tanggungan atau hutang yang perlu dijelaskan atau dibayar balik oleh perniagaan
Persamaan Perakaunan : -
1. modal = aset
2. modal + liabiliti = aset
Kunci kira-kira satu penyata yang menunjukkan kedudukan modal, liabiliti dan aset pada satu titik masa tertentu.
Modal
satu jumlah wang yang disumbangkan oleh pihak pemilik perniagaan bagi tujuan menjalankan urusniaga supaya memperolehi untung
Aset
harta benda yang dimiliki oleh pihak perniagaan bagi membantunya menjalankan urusniaga.
Liabiliti liabiliti ialah jumlah tanggungan atau hutang yang perlu dijelaskan atau dibayar balik oleh perniagaan
Persamaan Perakaunan : -
1. modal = aset
2. modal + liabiliti = aset
Kunci kira-kira satu penyata yang menunjukkan kedudukan modal, liabiliti dan aset pada satu titik masa tertentu.
Rabu, 6 Ogos 2008
SOMBONG PUSAKA IBLIS
Sifat sombong atau ego ini hampir semua orang memilikinya , cuma sesiapa yang kuat mujahadah dan takutkan Allah sahaja berjaya mengikis sifat keji ini. Antara ciri-ciri seseorang itu ada penyakit sombong ialah:
1. Suka memperkecilkan orang lain lebih-lebih lagi orang yang dipandang hina dan lebih rendah taraf darinya.
2. Susah menerima sebarang nasihat, teguran atau kritikan daripada orang lain terutama orang di bawahnya.
3. Bermegah dengan keistimewaan anugerah Allah kepadanya, seperti cantik, berjawatan tinggi, kaya, bijak, mahsyur, dipuji orang, keturunan baik dan sebagainya.
4. Suka marah-marah kepada orang atau membentak-bentak orang di khalayak ramai.
5. rasa diri hebat, sempurna, kuat hingga membelakangkan kehebatan dan kebesaran Allah samasekali.
6. Suka bergaul dengan orang yang setaraf dengannya sahaja.
7. Pendapatnya sahaja yang betul dan mesti diterima, orang lain salah dan tidak penting.
8. Susah minta maaf dan senyum pada orang lain.
9. Tidak pernah fikir kesusahan orang , ia fikir kesenangannya sahaja.
Apakah ciri-ciri di atas ada pada kita? Kalau ada ertinya kita memiliki sifat sombong, dan kita dalam kemurkaan Allah. Sifat sombong jika dikekalkan ia akan membinasakan hidup kita di dunia dan Akhirat. Di dunia, susah payah hidup, kita tanggung sendirian. Bila mati tidak ada seorang pun yang akan mengenang.
Sebagai penawar kepada sifat-sifat sombong ini , amalkan setiap hari:
1. Baca Surah Ad Dukhan
2. Selawat
3. Mengekalkan sifat kehambaan walau di mana berada. InsyaAllah kita akan terselamat daripada sifat terkutuk itu.
Tiada gunanya kita mempertahankan sombong. Firman Allah : "Janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembusi bumi dan tidak akan sampai setinggi langit." Oleh itu burui lah sifat tawadhuk; merendah diri dengan Allah.
Langgan:
Catatan (Atom)