Kul 2.00 ptg tadi bertempat di dewan sek diadakan program mentor mentee bagi pelajar tingkatan 6 atas yang bakal ambil exam ujung taun ni.. Aku salah seorang mentor yang terlibat..pening jugak pk macam maner la ye nak bimbing budak2 ni..bukan teror sangat pn tapi dah orang bagi tanggugjwab akn ku galas di bahu ku ini..he he
mentee aku terdiri daipada:
1. sharidatul asyikin...6a2
2. putri khairul najla...6a4
(budak dua orang ni aku pernah ajar diorang mase enam bawah dulu)
3. Anitha .....6a3
Rabu, 23 Jun 2010
Jumaat, 18 Jun 2010
Memanfaatkan cuti sekolah
Cuti sekolah 7.6-10.6.2010 aku sekeluarga balik kelantan... ziarah mak sedare kat sene..ramai sedare2 kt saner tapi kami generasi baru ni tak kenal sangat.. tapi kali ni p umah makcik belah mak.. ni merupakan kali kedua aku jejak kaki kat negeri ni..sejak dah pandai jalan sendiri ni.. he.hee.dulu2 mase bayi ader la dua tiga kali mak kater dia bawak.. tapi aku maner ingat..kali pertama mase mula2 kawin dulu..bukan aper aku tak mau susahkan diorag.duk hotel kan best.. tapi kalu datang sini tak bermalam umah mak sedare.. memang kecik ati diorang... jadi negeri ni je... aku kurang menyinggah sangat. kalu menyinggah pn sebab bawak mak.
yang best aku dapat beli kain batik dengan pak su dengan harga 'anak sedare'... mesti ader yang jeles ni..kalu kat pasaran mau rm300-rm400 ni...

corak batik ni dilukis sendiri oleh pak su aku... dia memamg canting batik tapi kalu nak kena tempah dulu...sebab dia buat memang ikut tempahan orang.

ni pulak batik yang baru siap colour.. belum diwarnakan latar lagi..aku tengok tekun betul paksu wat kerja.. ye la kerja2 macam ni perlu ketelitian.. bagi paksu canting batik ni sebab minat yang mendalam.. dan rasa puas bila ader yang suka hasil kerjanye..


aku juga sempat beli beberapa helai batik sarung.. murah2 kat saner. kain pn tak licin macam yang kiter biasa jumpa.
yang best aku dapat beli kain batik dengan pak su dengan harga 'anak sedare'... mesti ader yang jeles ni..kalu kat pasaran mau rm300-rm400 ni...

corak batik ni dilukis sendiri oleh pak su aku... dia memamg canting batik tapi kalu nak kena tempah dulu...sebab dia buat memang ikut tempahan orang.

ni pulak batik yang baru siap colour.. belum diwarnakan latar lagi..aku tengok tekun betul paksu wat kerja.. ye la kerja2 macam ni perlu ketelitian.. bagi paksu canting batik ni sebab minat yang mendalam.. dan rasa puas bila ader yang suka hasil kerjanye..



aku juga sempat beli beberapa helai batik sarung.. murah2 kat saner. kain pn tak licin macam yang kiter biasa jumpa.
Adik bertunang di Pahang




Pada 6.6.2010 yang lalu adik yang no 8 bertunang. jadi ptg Jumaat 5.5.2010 kami sekeluarga bertolak balik ke kampung dalam kul 6 ptg dari banting.singgah kat keramat jap ambik mak mertua pastu kami teruskan perjalanan. kira-kira dalam kul 10.30 malam kami sampai kt kampung halaman.. rupanya adik lelaki ku telah sampai dulu,, sorang2 je tido kat ruang tamu.. maklumlah istri berpantang kat kelantan.
hari sabtu kami masing2 sibuk dengan kerja masing2. aku tolong sikit2 je...(mase aku tunang dl aku sorang je yang sibukkan... yang lain balik mase majlis je.. balas nampak) aku tolong pasang tirai kat luar tu pastu kat bilik yang nak gune esok.Bukan aper aku ader baby kecik nak dijaga.. jadi mak pn tak kisah sangat...lagipun kitaorang adik beradik ramai....abang pulak p beli barang2 keperluan lain.adik lelaki sorang ni rajinla pulak p mesin rumput... dah tinggi sampai tenggelam umah.. takut2 tak nampak pulak orang nak datang.. heee hee
hari ahad majlis berlangsung.. mak ajak sedara terdekat je untuk tolong masak2... rombongan lelaki lambat pulak sampai kira2 kul 4 petang baru muncul..adik akau dah resah menunggu... ye la dari pagi tadi dah bersiap.. dah nak cair mekap... rombongan tak sampai lagiii.. orang dapur pn dah balik tinggal beberapa org je sepupu yang masih tunggu... katenye sesat jalan.. takpelahh janji dah selamat sampai..majlis dimulakan dengan perbincangan kedua-dua belah pihak.. seterusnya.. apalagi... kite makan-makan la...
Alhamdullilah seme dah selesai..
Isnin, 12 April 2010
Ahad, 24 Januari 2010
SEBUAH KISAH SEDIH
20 tahun yang lalu saya melahirkan seorang bayi laki-laki, wajahnya comel tetapi nampak bodoh. Ali, suamiku memberinya nama Yusri. Semakin lama semakin nampak jelas bahawa anak ini sedikit terkebelakang. Saya berniat mahu memberikannya kepada orang lain sahaja supaya dijadikan budak atau pelayan bila besar nanti. Namun Ali mencegah niat buruk itu. Akhirnya terpaksa saya membesarkannya juga.
Pada tahun kedua kelahiran Yusri, saya pun melahirkan pula seorang anak perempuan yang cantik. Saya menamakannya Yasmin. Saya sangat menyayangi Yasmin, begitu juga Ali. Seringkali kami mengajaknya pergi ke taman hiburan dan membelikan pakaian anak-anak yang indah-indah. Namun tidak demikian halnya dengan Yusri. Ia hanya memiliki beberapa helai pakaian lama. Ali berniat membelikannya, namun saya selalu melarang dengan alasan tiada wang. Ali terpaksa menuruti kata saya.
Saat usia Yasmin 2 tahun, Ali meninggal dunia. Yusri sudah berumur 4 tahun ketika itu. Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan hutang yang semakin bertambah. Saya mengambil satu tindakan yang akhirnya membuatkan saya menyesal seumur hidup. Saya pergi meninggalkan kampung kelahiran saya bersama Yasmin. Saya tinggalkan Yusri yang sedang tertidur lelap begitu saja.
Setahun.., 2 tahun.., 5 tahun.., 10 tahun.. berlalu sejak kejadian itu. Saya menikah kembali dengan Kamal, seorang bujang. Usia pernikahan kami menginjak tahun kelima. Berkat Kamal, sifat-sifat buruk saya seperti pemarah, egois dan tinggi hati, berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih sabar dan penyayang. Yasmin sudah berumur 15 tahun dan kami menyekolahkan dia di sekolah jururawat. Saya tidak lagi ingat berkenaan Yusri dan tiada memori yang mengaitkan saya kepadanya. Hinggalah ke satu malam, malam di mana saya bermimpi mengenai seorang anak. Wajahnya segak namun kelihatan pucat sekali. Dia melihat ke arah saya. Sambil tersenyum dia berkata;
"Makcik, makcik kenal mama saya? Saya rindu sekali pada mama!"
Sesudah berkata demikian dia mulai pergi, namun saya menahannya.
"Tunggu..., saya rasa saya kenal kamu. Siapa namamu wahai anak yang manis?"
"Nama saya Yusri, makcik."
"Yusri...? Yusri... Ya Tuhan! Benarkah engkau ni Yusri???"
Saya terus tersentak dan terbangun. Rasa bersalah, sesal dan pelbagai perasaan aneh yang lain menerpa diri saya pada masa itu juga. Tiba-tiba terlintas kembali kisah yang terjadi dulu seperti sebuah filem yang ditayangkan kembali di kepala saya. Baru sekarang saya menyedari betapa jahatnya perbuatan saya dulu. Rasanya seperti mahu mati saja saat itu.
Ya, saya patut mati..., mati..., mati...!
Ketika tinggal seinci jarak pisau yang ingin saya goreskan ke pergelangan tangan, tiba-tiba bayangan Yusri melintas kembali di fikiran saya.
Ya Yusri, mama akan menjemputmu Yusri, tunggu ya sayang !
Petang itu saya membawa dan memarkir kereta Civic biru saya di samping sebuah pondok, dan ia membuatkan Kamal berasa hairan. Beliau menatap wajah saya dan bertanya;
"Hasnah, apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa kita berada di sini?"
"Oh abang, abang pasti akan membenci saya selepas saya menceritakan hal yang saya lakukan dulu."
Aku terus menceritakan segalanya sambil teresak-esak. Ternyata Tuhan sungguh baik kepada saya. Ia memberikan suami yang begitu baik dan penuh pengertian. Selepas tangisan saya reda, saya keluar dari kereta dengan diikuti oleh Kamal dari belakang. Mata saya menatap lekat pada gubuk yang terbentang dua meter di hadapan saya. Saya mula teringat yang saya pernah tinggal dalam pondok itu dan saya tinggalkannya.
Yusri.. Yusri... Di manakah engkau, nak?
Saya meninggalkan Yusri di sana 10 tahun yang lalu. Dengan perasaan sedih saya berlari menghampiri pondok tersebut dan membuka pintu yang diperbuat daripada buluh itu.
Gelap sekali.
Tidak terlihat sesuatu apapun di dalamnya!
Perlahan-lahan mata saya mulai terbiasa dengan kegelapan di dalam ruangan kecil itu. Namun saya tidak menemui sesiapapun di dalamnya. Hanya ada sehelai kain buruk yang berlonggok di lantai tanah. Saya mengambil seraya mengamatinya dengan betul-betul. Mata mulai berkaca-kaca, saya mengenali potongan kain itu. Ini adalah baju buruk yang dulu dipakai oleh Yusri setiap hari.
Beberapa saat kemudian, dengan perasaan yang sangat sedih dan bersalah, sayapun keluar dari ruangan itu. Air mata saya mengalir dengan deras. Saat itu saya hanya diam saja. Sesaat kemudian saya dan Kamal mulai menaiki kereta untuk meninggalkan tempat tersebut. Namun, saya melihat seseorang berdiri di belakang kereta kami. Saya terkejut sebab suasana saat itu gelap sekali. Kemudian terlihatlah wajah orang itu yang sangat kotor. Ternyata ia seorang wanita tua. Saya terkejut lagi apabila dengan tiba-tiba dia menegur saya. Suaranya parau.
"Heii...! Siapa kamu?! Apa yang kamu mahu?!"
Dengan memberanikan diri, saya pun bertanya;
"Ibu, apakah ibu kenal dengan seorang anak bernama Yusri yang dulunya tinggal di sini?"
Dia menjawab;
"Kalau kamu ibunya, kamu adalah perempuan terkutuk!! Tahukah kamu, 10 tahun yang lalu sejak kamu meninggalkannya di sini, Yusri terus menunggu ibunya dan memanggil;
'Mama, mama!'
"Kerana tidak tahan melihat keadaannya, kadang-kadang saya memberinya makan dan mengajaknya tinggal bersama saya. Walaupun saya orang miskin dan hanya bekerja sebagai pemungut sampah, namun saya tidak akan meninggalkan anak saya seperti itu!"
"Tiga bulan yang lalu Yusri meninggalkan sehelai kertas ini. Ia belajar menulis setiap hari selama bertahun-tahun hanya untuk menulis ini untukmu..."
Saya pun membaca tulisan di kertas itu...
"Mama, mengapa mama tidak pernah kembali lagi...? Mama marah pada Yusri, ya? Mama, biarlah Yusri yang pergi saja, tapi mama harus berjanji mama tidak akan marah lagi pada Yusri."
Saya menjerit histeria membaca surat itu.
"Tolong bagi tahu.. di mana dia sekarang? Saya berjanji akan menyayanginya sekarang! Saya tidak akan meninggalkannya lagi! Tolonglah cakap...!!!"
Kamal memeluk tubuh saya yang terketar-ketar dan lemah.
"Semua sudah terlambat. Sehari sebelum kamu datang, Yusri sudah meninggal dunia. Dia meninggal di belakang pondok ini. Tubuhnya sangat kurus, ia sangat lemah. Hanya demi menunggumu ia rela bertahan di belakang pondok ini tanpa berani masuk ke dalamnya. Dia takut apabila mamanya datang, mamanya akan pergi lagi apabila melihatnya ada di dalam sana. Dia hanya berharap dapat melihat mamanya dari belakang pondok ini. Meskipun hujan deras, dengan keadaannya yang lemah ia terus berkeras menunggu kamu di sana . Dosa kamu tidak akan terampun!"
Ya Allah! Ampunkanlah dosaku! Yusri, ampunkan mama nak!
--------------------------------------------------------------------------------
Semoga menjadi pelajaran bagi kita semua. Janganlah menyalahkan apa yang sudah diberikan oleh Allah. Tetapi hargailah apa yang diberikan oleh Allah. Dan cuba bersabar. Kerana DIA tidak akan memberikan sesuatu apapun dengan sia-sia.
Isnin, 11 Januari 2010
TARIAN SEWANG
TARIAN SEWANG INI JUGA DIKENALI SEBAGAI TARIAN TOPENG. IA DITARIKAN OLEH ORANG ASLI SUKU KAUM MAHMERI DARI KG BUMBUM, PULAU CAREY...
CORETAN PERJALANAN:
9;03 PAGI : BERTOLAK DARI SEKOLAH KE PULAU CAREY. LAWATAN SINGKAT KE PERKAMPUNGAN ORANG ASLI INI ADALAH ANJURAN UNIT PERKEMBANGAN STAF SMKTD. PERJALANAN DENGAN MENAIKI BAS INI DIJANGKA MENGAMBIL MASA 1 JAM SETENGAH UNTUK SAMPAI KE DSTINASI YANG DITUJU...
RAMAI GURU2 YANG MAMBAWA ANAK MASING2 UNTUK TURUT SAMA DALAM LAWATAN INI.. TAMBAHAN PULA CUTI HUJUNG MINGGU..AKU HANYA SENDIRI TANPA AIN..BIMBANG KALAU2 DIA MERAGAM TANPA KEHADIRAN AYAHNYA..
9:44 PAGI: SAMPAI KE DESTINASI YANG DITUJU... OOH RUPANYA DEKAT SAJE... KAMI DISAMBUT DENGAN TARIAN SEWANG OLEH GADIS2 ORANG ASLI... SETERUSNYA UCAPAN DARI PEGAWAI ORANG ASLI EN MOHD HELMI DAN TOK BATIN.
SETERUSNYA KAMI DIBAWA MELAWAT KE TEMPAT2 UKIRAN PATUNG2 SERTA TEMPAT ANYAMAN YANG MANJADI SUMBER REZEKI KEPADA PENDUDUK DI SINI...
KEMUDIAN KAMI BERKUMPUL SEMULA DI DEWAN UNTUK ACARA PENUTUP DAN PENYAMPAIAN CENDERAHATI DAN PAKAIAN TERPAKAI KEPADA EN. HELMI DAN TOK BATIN SIDIN
SELESAI MAKAN TENGAH HARI KAMI PN BERTOLAK PULANG KE SMKTD..WALAUPUN LAWAN IN SINGKAT... TETAPI IA AMAT MENYERONOKKAN..SEMOGA PADA MASA2AKAN DATANG LAWATAN SEBEGINI DIADAKAN LAGI UNTUK MENGENALI BUDAYA HIDUP MASYARAKAT ORANG ASLI..
Langgan:
Catatan (Atom)