COKLAT MINDA

Coklat Minda Dot Com

Rabu, 1 Disember 2010

cuti-cuti kat pekan pahang

menghadiri majlis perkahwinan nazrin (adik kepada kawan suami) dan berkunjung ke rumah akak kat pekan.majlis ni boleh dikatakan special memandangkan isterinya adalah dari kerabat raja pahang.majlis berlangsung di dewan pekan.rombongan pengantin lelaki diiring polis trafik dari tempat penginapan ke dewan pekan.tengok kerusi pengantin tu... nak cecah bumbung...tu la kerusi pengantin yang tetinggi pernah aku tengok.. korang pernah tengok tak?

kakak ain yang tersengeh dipangkuan ayah..makan ciput je..

kakak ain..lagi.. adik wafi tinggal dengan mak teh takut meragam.. majlis sure lame punyer..selagi raja tak berangkat keluar kiter pn kena wait same.

dah mengantok ke..majlis bersurai kira2 kul 1.30 mlm, pasni terus bergegas balik banting sebab esok dah kena kerja.

makcik(kak tie), muhammad dan kawan makcik (izan) turut sama memeriahkan majlis

tak lupe juga cenderahati dari kedua mempelai untuk tetamu yang hadir

akhirnya.. adik wafi dapat jugak tangkap gambar dengan pengantin semasa majlis bertandang di banting. majlis diadakan di ain points.. special lagi dapat dokong...

cuti penggal persekolahan 2010

cuti datang lagi... semua mesti tertunggu-tunggu bila nak cuti... bila nak cuti... sekarang lah masanya...bagi aku cuti sekolah ni takde aper yang bestnyer pun... kiter je cuti suami.. tetap kerja macam biasa...same saje.. cuma bezanya.. waktu tak cuti kenalah p sekolah.. best la jugak dapat tengok dunia luar.. kalau cuti pulak.. dunia nya ka umah je la.. jaga anak2, kemas aper-aper yang patut.. masak untuk budak-budak.. semelah.. kerja-kerja umah tangga..2 minggu yang pertama ok lagi banyak kenduri jadi kuar jugak la umah.. pi MAHA kat sepang.. jap je singgah ujan lebat.. weh...pastu duk umah la.. rutin harian macam biasa..boring jugak.. rindu pulak nak balik ke sekolah..pastu biler dah abis cuti kena sekolah lak.. rindu plk nak duk umah ye.. macam tu lah pael manusia.. tak pernah puas dengan apa yang dapat.

ujung minggu ni ader kenduri kawin juliana kat taman kemuning.. Insya-Allah akan sampai nanti.. buat bakal pengantin baru.. selamat menempuh alam baru.. banyak2 bersabar ye.. kate orang pael mase bercinta lain .. mase kawin pn lain.. walaupun dah bercinta bertaun2...

pastu petang lak pas balik kenduri tu ader majlis sambutan hari jadi anak kak lang kat hulu langat lak..mesti p.. nanti ader yang kecik ati.. biasa malam baru sampai umah.. esoknyer rutin harian biasa... cuma dah masuk bulan 12 ni.. cuti dah tak rasa sangat dah.. sebab kena buat persediaan masuk sekolah 2011.. banyak lagi tak wat.. rancangan mengajar tahunan,modul akaun dan pp1.. dah lamer janji dengan ka liza nak wat.. tak siap2 jugak..nampaknyer kena mula dari awal la sebab pc lamer dah kena virus.. mudul akaun tingkatan 4 pulak.. tertangguh sebab ader silibus baru.. sibuk jugak la ni..

cuti2 macam ni sempat la aku masak2 kat family..biasa beli je.. tapi sekali ari tu beli.. ya Allah minyak..bertakung dalam mihun goreng.. sedap pn edak.. anak pn tak makan.. kesian pulak..jadi akau berazam mase cuti ni nak wat la sesuatu yang special sikit untuk family.. kalau sekolah biasa tak sempat..aku pernah bace kak majalah aper tah tak ingat dah.. tapi kak azu kesayangan aku pn pernah kater kalau kiter tak nak berpenat lelah masa sekarang.. tengoklah hasilnya pada masa akan datang aper akan jadik dengan anak2 kiter and keluarga kiter..jadik malas2 pn kuatkan semangat masuk ke dapur buat aper-aper yang patut.. mase cuti ni jugak aku sempat tengok2kan anak ajar diorang iqra, kenal huruf abc.. bace muqaddam..banyak lagi la.. pagi2 cartoon la biasa.. maser dia nak main2 tu tak pn pas maghrib ajak dia duk bace same2.

sekian dulu..untuk episod kali ini.. anak dah bangun..
MAHER ZAIN

MAHER ZAIN(VERSI BAHASA MELAYU)



ADA KETIKA HADIR PERASAAN HAMPA
KEHILANGAN DALAM DIRI SENDIRI
BAGAI MALAM YANG PENUH KEGELAPAN
SENDU, PILU,TIADA JALAN YANG TERANG
USAH PUTUS ASA DAN JANGAN BERDUKA
KER-NA ALLAH SENTIASA DISISIMU

INSHA ALLAH (3X)PASTI ADA JALAN-NYA
INSHA ALLAH (3X)PASTI MUNCUL JALAN-NYA

ADA KETIKA KESILAPAN SERING BERULANG
HINGGA TERASA LEWAT UNTUK BERUBAH
PENUH KELIRU DAN TERSALAH KEPUTUSAN
MEMBELANGGU PENYESALAN DALAM MINDA
USAH PUTUS ASA DAN JANGAN BERDUKA
KER-NA ALLAH SENTIASA DISISIMU

INSHA ALLAH (3X)PASTI ADA JALAN-NYA
INSHA ALLAH (3X)PASTI MUNCUL JALAN-NYA

KEMBALILAH KEPADA ILAHI
YAKIN PADANYA, POHONKAN DOA,BERTAWAKALAH
OH YA ALLAH PIMPINLAH HAMBA DARI KESESETAN
KAU YANG MAHA ESA
MAKA TUNJUKKANLAH NUR KEBENARAN
NUR KEBENARAN
DIJALAN YANG TERANG

INSHA ALLAH (3X)PASTI MUNCUL JALAN-NYA(5X)

Isnin, 16 Ogos 2010

CORETAN KU

Macam-macam dugaan di bulan yang mulia ni... kalau minggu lepas aku berkecil hati dengan pelajar2 pp1... rasa takde mood betul nak masuk kelas.... minggu ni pulak anak2 didikku kelas 4c buat hal...kenape budak2 ni liat sangat nak buat dan ikut arahan guru, kalu dulu time2 aku belajar... aper je cikgu suruh ikut je tak banyak soal pun.. biler cikgu marah... cepat2 mintak maaf.. takut sangat dilaber budak nakal..nak2 pulak waktu maths cikgu pulak garang sangat.. masuk je seme berdiri. dia panggil rawak je ikut la nasib.. aku selalu terkena.. tapi walau tergagap pn dapat gak la jawab.. maner taknyer lambat je naik atas kerusi hulur tangan.. kena libas sampai berbilau tangan... tak ngadu pun..kalu ngadu pn mesti kena marah balik...
Bezanya dengan pelajar sekarang cikgu marah lagi melawan, suruh wat latihan banyak pulak soalnyer bagi bawak balik datang semula tak siap jugak.. tinggal buku lah kawan pinjam lah... macam-macam karenah.. aduhai.. tak terlayan nyer dengan 45 pe'el.wahai diri janganlah dikau bersedih, berkecil hati,, memendam rasa ..anggaplah segala keperitan hari ini ader kemanisannyer untuk hari esok... tabahkan lah hatimu membimbing anak-anak bangsamu...hiburkanlah hatimu... kuatkan semangatmu......

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh !

Selasa, 10 Ogos 2010

PERTANDINGAN MEWARNA BATIK

Sekitar minggu ko-akademik minggu lepas banyak aktiviti dijalankan,dari beberapan acara untuk para guru aku sempat menyertaisatu acara iaitu pertandingan mewarna batik anjuran kelab seni kreatif.. sambutan pelajat amat mengalakkan begitu juga guru tidak melepaskan peluang untuk turut serta...guru dikenakan yuran RM 0.50 sementara pelajar RM 0.30.kira oklah saje seronok-seronok...tak menang pun tak pe janji dapat tunjuk bakat mewarna.. dah lame tak mewarna ni semenjak zaman persekolahan dulu-dulu..walaupun tak cantik tapi ader jugaklah seninya.. Alhamdulillah... walaupun tangan ni bukanlah tangan seni tapi bila diumumkan minggu berikutnya... aku mendapat tempat kedua.. kira oklah tu.. tempat pertama cikgu muniera, tempat kedua cikgu hanani (sayer la tu) dan ketiga ustz hayati. tengok ustazah pn menang sape sangka ye..

tempat pertama cikgu muniera ( hasil tangan cikgu muniera yang berjaya menambat hati juri untuk mendapat tempat pertama...)

tempat kedua (ni la hasil tangan aku yang mendapat tempat kedua)semoga tahun -tahun depan banyak lagi acara yang boleh guru2 sertai..

hadiah yang aku dapat untuk tempat kedua...

tempat ketiga ustazah hayati(tengok hasil tangan ustazah pun tak kurang hebatnyer)

Jumaat, 6 Ogos 2010

RAMADAN DATANG LAGI




Ya, Ramadan datang lagi. Ahlan wasahlan. Masyarakat Islam menyambut Ramadhan dengan tanggapan yang berbeza berdasarkan keyakinan, tanggapan dan tahap ilmu masing-masing. Ada yang melihat di sudut kewangan, bagaimana Ramadhan boleh menambah atau mengurangkan pendapatan? Ada pula yang melihat di sudut kesihatan, bagaimana puasa mempengaruhi kesihatan tubuh badan?

Manakala ada pula yang memandang di sudut pahala dan dosa, berkat dan fadhilat, rahmah dan maghfirah. Pandangan-pandangan secara langsung akan membentuk sikap dan perlakuan kita bukan sahaja pada bulan yang mulia itu, tetapi juga pada bulan-bulan yang lain.

Tujuan puasa yang utama ialah menahan dan melawan nafsu. Ia adalah sumber kejahatan yang utama dalam diri. Nafsu yang ada di dalam diri kita adalah punca seluruh kejahatan dalam kehidupan.

Jadi, puasa adalah satu proses (mekanisme) khusus untuk membantu manusia bagi melawan dan menjinakkan nafsu yang secara semulajadinya sangat buas dan jahat. Allah swt menyebut dalam firman-Nya:
“Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan”
Rasulullah saw bersabda:
“Musuh yang paling kuat memusuhimu ialah nafsu yang berada di dalam dadamu.”

Jika solat adalah latihan menghubung hati secara lansung dengan Tuhan, zakat membersihkan rasa tamak pada harta di dalam jiwa, maka puasa adalah ibadah khusus untuk melawan hawa nafsu.

Dalam ibadah puasa adalah pakej latihan-latihan tertentu untuk menangkis segala kejahatan nafsu demi membentuk rasa taqwa yang sejati. Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa.”
Al-Baqarah: 83

Soalnya bagaimana melaksanakan puasa hingga tercapai maksud melawan hawa nafsu itu?
Ayat Quran surah Al Baqarah:83 itu menjelaskan bahawa puasa mesti dilaksanakan atas dasar iman. Sebab itu kewajiban berpuasa dimulakan dengan seruan ‘wahai orang yang beriman.’ Tegasnya, seseorang berpuasa mestilah didasari oleh keyakinannya kepada Allah. Oleh itu puasa mesti dinilatkan ‘kerana Allah’. Di sinilah sering berlaku kesilapan dikalangan umat Islam. Tanpa disedari ramai yang berpuasa bukan atas dasar iman.

Besar bezanya, ‘berlapar’ kerana Allah berbanding ‘berlapar’ kerana tidak ada makanan. Sebab itu, simiskin yang selalu berlapar kerana tidak ada makanan itupun diwajibkan berlapar kerana Allah pada bulan Ramadan.

Untuk memberi kesan pada pembentukan peribadi, puasa mestilah dibuat berdasarkan rasa kehambaan kepada Allah. Sebagai hamba Allah, maka sudah sewajarnya kita mematuhi perintah Tuhan samada dengan atau tanpa ganjaran.

Puasa yang dilaksanakan atas dasar inilah yang akan memberi kesan kepada pembentukan peribadi. Inilah maksud kenapa seruan berpuasa ditujukan kepada ‘orang-orang beriman’ dalam ayat Quran tersebut. Pendekata, muqaddimah puasa mesti tepat supaya natijahnya juga tepat.

Bacaan Surah Al Insan oleh Sheikh Mishari Al Afasy

Related Posts with Thumbnails