COKLAT MINDA

Coklat Minda Dot Com

Jumaat, 6 Ogos 2010

RAMADAN DATANG LAGI




Ya, Ramadan datang lagi. Ahlan wasahlan. Masyarakat Islam menyambut Ramadhan dengan tanggapan yang berbeza berdasarkan keyakinan, tanggapan dan tahap ilmu masing-masing. Ada yang melihat di sudut kewangan, bagaimana Ramadhan boleh menambah atau mengurangkan pendapatan? Ada pula yang melihat di sudut kesihatan, bagaimana puasa mempengaruhi kesihatan tubuh badan?

Manakala ada pula yang memandang di sudut pahala dan dosa, berkat dan fadhilat, rahmah dan maghfirah. Pandangan-pandangan secara langsung akan membentuk sikap dan perlakuan kita bukan sahaja pada bulan yang mulia itu, tetapi juga pada bulan-bulan yang lain.

Tujuan puasa yang utama ialah menahan dan melawan nafsu. Ia adalah sumber kejahatan yang utama dalam diri. Nafsu yang ada di dalam diri kita adalah punca seluruh kejahatan dalam kehidupan.

Jadi, puasa adalah satu proses (mekanisme) khusus untuk membantu manusia bagi melawan dan menjinakkan nafsu yang secara semulajadinya sangat buas dan jahat. Allah swt menyebut dalam firman-Nya:
“Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan”
Rasulullah saw bersabda:
“Musuh yang paling kuat memusuhimu ialah nafsu yang berada di dalam dadamu.”

Jika solat adalah latihan menghubung hati secara lansung dengan Tuhan, zakat membersihkan rasa tamak pada harta di dalam jiwa, maka puasa adalah ibadah khusus untuk melawan hawa nafsu.

Dalam ibadah puasa adalah pakej latihan-latihan tertentu untuk menangkis segala kejahatan nafsu demi membentuk rasa taqwa yang sejati. Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa.”
Al-Baqarah: 83

Soalnya bagaimana melaksanakan puasa hingga tercapai maksud melawan hawa nafsu itu?
Ayat Quran surah Al Baqarah:83 itu menjelaskan bahawa puasa mesti dilaksanakan atas dasar iman. Sebab itu kewajiban berpuasa dimulakan dengan seruan ‘wahai orang yang beriman.’ Tegasnya, seseorang berpuasa mestilah didasari oleh keyakinannya kepada Allah. Oleh itu puasa mesti dinilatkan ‘kerana Allah’. Di sinilah sering berlaku kesilapan dikalangan umat Islam. Tanpa disedari ramai yang berpuasa bukan atas dasar iman.

Besar bezanya, ‘berlapar’ kerana Allah berbanding ‘berlapar’ kerana tidak ada makanan. Sebab itu, simiskin yang selalu berlapar kerana tidak ada makanan itupun diwajibkan berlapar kerana Allah pada bulan Ramadan.

Untuk memberi kesan pada pembentukan peribadi, puasa mestilah dibuat berdasarkan rasa kehambaan kepada Allah. Sebagai hamba Allah, maka sudah sewajarnya kita mematuhi perintah Tuhan samada dengan atau tanpa ganjaran.

Puasa yang dilaksanakan atas dasar inilah yang akan memberi kesan kepada pembentukan peribadi. Inilah maksud kenapa seruan berpuasa ditujukan kepada ‘orang-orang beriman’ dalam ayat Quran tersebut. Pendekata, muqaddimah puasa mesti tepat supaya natijahnya juga tepat.

Isnin, 19 Julai 2010

Sabtu, 10 Julai 2010

Antara dua cinta

Antara dua cinta
Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fata morgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan, leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hati ku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta Mu yang ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang ku bunuh

Tulisan Asal: Ustz Pahrol Mohd Joui

Rabu, 23 Jun 2010

Mentor mentee

Kul 2.00 ptg tadi bertempat di dewan sek diadakan program mentor mentee bagi pelajar tingkatan 6 atas yang bakal ambil exam ujung taun ni.. Aku salah seorang mentor yang terlibat..pening jugak pk macam maner la ye nak bimbing budak2 ni..bukan teror sangat pn tapi dah orang bagi tanggugjwab akn ku galas di bahu ku ini..he he

mentee aku terdiri daipada:
1. sharidatul asyikin...6a2
2. putri khairul najla...6a4
(budak dua orang ni aku pernah ajar diorang mase enam bawah dulu)
3. Anitha .....6a3

Jumaat, 18 Jun 2010

Memanfaatkan cuti sekolah

Cuti sekolah 7.6-10.6.2010 aku sekeluarga balik kelantan... ziarah mak sedare kat sene..ramai sedare2 kt saner tapi kami generasi baru ni tak kenal sangat.. tapi kali ni p umah makcik belah mak.. ni merupakan kali kedua aku jejak kaki kat negeri ni..sejak dah pandai jalan sendiri ni.. he.hee.dulu2 mase bayi ader la dua tiga kali mak kater dia bawak.. tapi aku maner ingat..kali pertama mase mula2 kawin dulu..bukan aper aku tak mau susahkan diorag.duk hotel kan best.. tapi kalu datang sini tak bermalam umah mak sedare.. memang kecik ati diorang... jadi negeri ni je... aku kurang menyinggah sangat. kalu menyinggah pn sebab bawak mak.

yang best aku dapat beli kain batik dengan pak su dengan harga 'anak sedare'... mesti ader yang jeles ni..kalu kat pasaran mau rm300-rm400 ni...

corak batik ni dilukis sendiri oleh pak su aku... dia memamg canting batik tapi kalu nak kena tempah dulu...sebab dia buat memang ikut tempahan orang.


ni pulak batik yang baru siap colour.. belum diwarnakan latar lagi..aku tengok tekun betul paksu wat kerja.. ye la kerja2 macam ni perlu ketelitian.. bagi paksu canting batik ni sebab minat yang mendalam.. dan rasa puas bila ader yang suka hasil kerjanye..
aku juga sempat beli beberapa helai batik sarung.. murah2 kat saner. kain pn tak licin macam yang kiter biasa jumpa.

Adik bertunang di Pahang





Pada 6.6.2010 yang lalu adik yang no 8 bertunang. jadi ptg Jumaat 5.5.2010 kami sekeluarga bertolak balik ke kampung dalam kul 6 ptg dari banting.singgah kat keramat jap ambik mak mertua pastu kami teruskan perjalanan. kira-kira dalam kul 10.30 malam kami sampai kt kampung halaman.. rupanya adik lelaki ku telah sampai dulu,, sorang2 je tido kat ruang tamu.. maklumlah istri berpantang kat kelantan.

hari sabtu kami masing2 sibuk dengan kerja masing2. aku tolong sikit2 je...(mase aku tunang dl aku sorang je yang sibukkan... yang lain balik mase majlis je.. balas nampak) aku tolong pasang tirai kat luar tu pastu kat bilik yang nak gune esok.Bukan aper aku ader baby kecik nak dijaga.. jadi mak pn tak kisah sangat...lagipun kitaorang adik beradik ramai....abang pulak p beli barang2 keperluan lain.adik lelaki sorang ni rajinla pulak p mesin rumput... dah tinggi sampai tenggelam umah.. takut2 tak nampak pulak orang nak datang.. heee hee

hari ahad majlis berlangsung.. mak ajak sedara terdekat je untuk tolong masak2... rombongan lelaki lambat pulak sampai kira2 kul 4 petang baru muncul..adik akau dah resah menunggu... ye la dari pagi tadi dah bersiap.. dah nak cair mekap... rombongan tak sampai lagiii.. orang dapur pn dah balik tinggal beberapa org je sepupu yang masih tunggu... katenye sesat jalan.. takpelahh janji dah selamat sampai..majlis dimulakan dengan perbincangan kedua-dua belah pihak.. seterusnya.. apalagi... kite makan-makan la...

Alhamdullilah seme dah selesai..

Bacaan Surah Al Insan oleh Sheikh Mishari Al Afasy

Related Posts with Thumbnails